Ahad, 29 Disember 2013

Azam setiap tahun!

Azam. Ape tu eh?
Macam nama orang kan?Haha, memang bertuahlah insan-insan yang bernama Azam ni. Sebab asyik nama dia je yang disebut-sebut setiap tahun. Tapi sudah tentulah bukan. Kita boleh katakan bahawa azam sebenarnya adalah impian; atau lebih tepat dan jitu lagi..TARGET setiap jiwa manusia untuk mencapai kehendak masing-masing menjelang akhir dan awal tahun.
Akhir tahun untuk memikirkan apakah tajuk azam yang ingin dilakukan pada tahun hadapan; dan awal tahunnya pula untuk menetapkan apakah azam itu boleh dilakukan atau tidak. Seterusnya, yezzaa bertindaklah untuk mencapai target tersebut!Hihihiii
Hah. Mestilah bukan senang kan untuk capai? Tapi kita tak bolehlah mengalah! Ada tak cara nak pastikan azam kita ni tercapai???
Pada saya, tak payah sebenarnya nak tunggu awal atau hujung tahun untuk set kan azam kita. Boleh je nak buat bila-bila masa.
Yeeke? Betul ke boleh??
Hehe..
Bukan ke kita ni semua solat.  5 waktu wajib; dan di penghujung solat tu kan kita berdoa. Jadi, doa itu lah azam kita.
Iye..
Doa itu azam.
Setiap doa yang kita luahkan melambangkan isi hati dan ia membentuk target atau matlamat kita yang tersendiri. Contoh; sebagai seorang pelajar, sudah tentu dia berdoa agar ilmunya terpelihara dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan. Jika dia sudah berjaya dalam peperiksaan dan mendapat segulung ijazah, sudah tentu dia berdoa untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang baik buat dirinya.
Betul tak?
Pendek kata, pada setiap doa kita, tersimpan segala azam kita.
Jadi, tak perlulah nak cakap azam saya untuk tahun baru ini adalah bla-bla...kan? Tak perlu kesah tentang azam. Jom berdoa mohon banyak-banyak dengan Allah. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan