Rabu, 27 Ogos 2014

Ahad, 24 Ogos 2014

Segmen Blogwalking : When I Was A Kid by AinaAkmal

Assalamu 'alaikum,

Nampaknye arini ada kesempatan nak join segmen AinaAkmal : When I Was A Kid :)

When I was a kid..

All that I knew is only this ONE word..





PLAY


That's all.
He..How I wish I am still playing the same. Yet it's only a silly wish.
I've grown up now. And there is no time playing around. 
Cause the grown up people have only this word...

...

Responsibility



Click to sponsor's page ;)


Isnin, 18 Ogos 2014

Pakej Photobooth lengkap!

Assalamu'alaikum,

Rindu pulak lama tak update blog. Line internet sini slow sangat. Huhu maafkan saya wahai pembaca sekalian.

Kepada mereka yang nak buat sendiri meja Photobooth untuk wedding, memang cukup mudah dengan pakej ni. Cuma sediakan kain alas meja, gula2 dan coklat fountain. Yang lain ada dalam pakej ni dah ;)

Jom tengok lagi Pakej Photobooth lengkap ini :)





Guestbook dalam pakej rm290. 
Kalau beli guestbook sahaja pun cuma Rm55 je ;)


Table frame Rm30 (3 table frame dgn design)

Props yang lawa ni cuma Rm2.50 (4 kpg)

Ada wedding tree . Siap ink dan stand^^


Ada welcome board siap stand ^^


Nak tengok banyak lagi design? 
Whatsapp aini 0193986724
♡♥♡



Rabu, 13 Ogos 2014

Terima kasih kepada Blogger UntOngLAAAA

Assalamu 'alaikum

Saya buat entry ini khas kepada blogger Khudri, dari UntOngLAAAA.

Macam tak terfikir pula jadi follower ke #100 pun dapat direview. Secara jujur, saya lagi la follower tak sampai pun #50. Pada saya blog UntOngLAAAA berkali-kali kali lebih bagus dari blog Hijaukoko (bukan memuji ye ni,jujur hehe)

Nak tengok lebih? Pergi ke http://khudri2337.blogspot.com/ dan follow dia.

P/S: follow saya jugak!mihmihh



Selasa, 12 Ogos 2014

Doorgift Buku Yasin Untuk Majlis Anda!

Assalamu'alaikum,

Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan yang telah mendirikan rumah tangga. Moga berbahagia ke akhir hayat anda. Kepada yang sedang merancang ke arah itu, kenalah bersiap sedia membuat persiapan ya.

Di sini disediakan beberapa contoh design buku yasin sebagai doorgift kepada para tetamu. Amat berbaloi dijadikan hadiah kepada mereka yang datang ke majlis anda. Selain cantik, moga-moga ada bahagian pahala kepada sesiapa yang membacanya.

Doorgift buku yasin untuk majlis perkahwinan, tahlil, aqiqah dan lain-lain ini adalah dari kombinasi design yang cantik serta kertas yang berkualiti. Okey, so jom kita tengok antara design yang kami sediakan.



YS001-YS006



YS007-YS012



YS013-YS018



DESIGN YANG TELAH DIHANTAR KE CUSTOMER



DESIGN YANG TELAH DIHANTAR KE CUSTOMER


BERMINAT : 0193986724 AINI (PM/WASAP)


Sabtu, 9 Ogos 2014

Pakej RM 700 & Design Kad

Assalamu 'alaikum,


Pakej Kad Kahwin berharga RM700. Jom kita semak apa kita boleh dapat dengan pakej ini :)


  1. KAD KAHWIN (LIPAT 2@3, ARTCARD 1000 PCS) ,
  2. BUNTING (2) , 
  3. ARROW SIGN (5) ,
  4. TQ TAG+ KALENDAR (1000) 
  5. WEDDING BALLOON A2 WITH FRAME
  6. INK COLOUR (1)
  7. STAND EASEL WOOD


Antara design

GAMBAR 1

GAMBAR 2

GAMBAR 3

GAMBAR 4

GAMBAR 5

Jumaat, 8 Ogos 2014

Target 1 Juta Petisyen Million Souls Fight For Gaza!

Assalamu 'alaikum, 

Entry ini dibuat berhubung kenyataan Aman Palestin yang mengajak kita semua tak kira bangsa dan agama untuk sama-sama menyertai dan mengisi petisyen Million Souls Fight For Gaza ini.

Tujuan petisyen ini adalah kerana untuk menyatakan bantahan dan mendesak beberapa perkara berikut:


1) Mendesak Russia dan China untuk memberi tekanan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB supaya menghentikan serangan terhadap Gaza.

2) Mendesak kerajaan Mesir membuka pintu Rafah dan memberikan laluan untuk bekalan makanan dan ubat ubatan.

3) Mendesak penganas regim Zionis Israel menghentikan pembunuhan etnik yang mensasarkan orang awam sebagai mangsa perang.

4) Memberi tekanan kepada UAE untuk menghentikan sumbangan keatas Israel.

Kepada semua, jangan bertangguh apabila melihat entry ini. Masa sangat suntuk bagi rakyat Palestin disana mendapatkan keadilan dan hak mereka. Sekarang baru berapa ribu je yang sign petisyen ni.

Sign petisyen kat sini @ Gopetition.com


Rabu, 6 Ogos 2014

Segment Blogwalking Ogos by Karya Mahirah

Assalamu 'alaikum,

Segmen blogwalking dari blogger Karya Mahirah :)

 klik untuk ke link sponsor
Klik banner untuk ke link penaja



Syarat pihak penaja:-

Follow blog Karya Mahirah > Tulis entry macam saya > Drag banner dia & buat backlink > Tinggalkan link pada komen penaja > blogwalking ke semua peserta (ni best nih) > orang Malaysia! 

*TAMAT 15 OGOS 2014*




Selasa, 5 Ogos 2014

Menang tempat ketiga dalam GA Ihya Ramadhan

Assalamu 'alaikum,

Selamat hari raya! Maaf ye entry ni sangat lambat diupdate. Entry ini dibuat berikutan dari rezeki yang saya tulis di entry ini. Terima kasih berbanyak-banyak kepada pihak sponsor dari blogger Ummudd yang taja giveaway ini. :)


Tak sangka sungguh. Sangat bersyukur :)
Kepada blogger Fiza Halim, terima kasih ya. Moga murah rezeki anda selalu. Amin :)


Ahad, 3 Ogos 2014

[GIVEAWAY] Note Cards From Jasper

Assalamu 'alaikum,

Giveaway terbaru saya joined, Notecards from Jasper dari blog Doodles of Life! ;)


Klik gambar ke link pihak sponsor
Cik sponsor namanya Farah. Terima kasih ya sudi buat giveaway ni. Moga bertambah erat ukhwah sesama blogger! :)



Ahad, 27 Julai 2014

Jom pantun raya!! =D

Selamat hari raya semua!^^
Terimalah pantun hari raya ni. Kalau sudi sila-silalah komen. Moga ukhwah kita erat sentiasa amin :)

Berbuka puasa dengan tepung pelita,
Murtabak dan air jagung pun turut ada,
Kelip-kelip mata ek ehh esok nak raya!
Minta maaf salah silap kepada semua :'(

Anak kucing anak biri-biri,
Ikan kembung ikan duri,
Tak sabarnye esok nak sembahyang raya dipagi hari,
Moga pagi raya korang berseri-seri !!

Salam lebaran,
Ikhlas,
Aini.

:)

Jumaat, 25 Julai 2014

Debaran beraya: Tips menempuh kesesakan semasa beraya :)

Assalamu 'alaikum,

Selamat berhari raya selepas melalui penat lelah berpuasa sahabat :)




Macam yang saya tulis di entry giveaway sueakgogeus, puasa 2014 ni memang gile lain rasanya dari sebelumnya. Anda boleh baca kalau nak tahu. Hehe, jadi raya 2014 tahun ini, apa bezanya ya?? Hmm..antaranya, tahun ni la baru dapat feel 'balik kampung'. Sebab? Sebab saya memang orang kampung di bandar. Kampung di Selangor. Hahaha. Tahun ni dari Langkawi ke Selangor, experience pertama saya ni!! Teruja sangat!!

Ini sedikit tips sempena pulang beraya dan semasa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

  • Sabar : Kalau bulan puasa kita digalakkan bersabar, bulan raya pun kita mesti lebih bersabar. Bersabarlah dikala kita nak 'berperang' menempuh kesesakan lalu lintas dalam perjalanan yang nak dituju tu. Memang saya faham, sebab saya pun antara hamba Allah yang boleh hilang sabar kalau jalan sesak.

  • Doa : Doa mulakan perjalanan tu amat penting tau. Jangat lupa baca supaya Allah sentiasa dekat dihati kita. Insyaallah terlindung dari malapetaka yang buruk.

  • Apa yang saya lakukan kalau saya hampir hilang sabar atau bosan dalam kereta lama-lama? Haa, saya pasang lagu kuat-kuat, pastu karaoke lah dalam kereta tu. Lagi 'happening' bila ajak sekali semua dalam kereta karaoke. 

  • Habis karaoke sakit tekak, saya borak dengan orang dalam kereta tu. Biasa satu keluarga saya lah. Then, bosan lagi baru tidur. Haha untung tak penah jadi drebar kalau jalan jauh. Biasa kalau bawak jauh pun drive bergilir-gilir. 

Yang penting, utamakan keselamatan diri dan keluarga. Biarlah lambat asalkan kita pergi dan pulang dengan selamat. Insyaallah. :)




Khamis, 24 Julai 2014

PAKEJ KAD KAHWIN (PLUS TQ TAG, KALENDAR, BUNTING, ARROW SIGN, BUTTON BADGE)

Salam readers,

Hee, sekarang dah niaga kad kahwin pulak saya ni. Tak apa la ye, promote kat blog saya ni, insya allah ada rezeki dan pada yang membaca boleh lah order dengan saya. ^^




Sekarang saya ada promo untuk pakej kad kahwin berharga RM600. Ini terdiri daripada KAD KAHWIN (LIPAT 2, ARTCARD 1000 PCS) , BUNTING (2) , ARROW SIGN (5) , TQ TAG+ KALENDAR (1000) & BUTTON BADGE (20). 

Details:

1. KAD KAHWIN (LIPAT 2, ARTCARD 1000 PCS)
        
- Kad yang besar, orang tua suka sebab senang nak baca :)
- Kalau tengok pakej lain, mereka ada yg tawarkan harga yang lebih murah. Tapi anda kena pastikan material kad dan saiznya. Material kad ni ialah artcard260, yg keras untuk kad kahwin.
- Yang pakej murah, berhati-hati jugak. Takut dia offer kualiti a4 biasa atau artpaper.
- Kad ini dalam full colour.. maknanya dalam kad tu anda boleh gunakan banyak colour. Perhatikan kalau dia tulis '1 warna', '2 warna'. Itu maknanya penggunaan warna yang maximum hanya 2 warna sahaja. Jadi sila teliti ye.

2. BUNTING (2)

- Size 2x5 ft , dua banting
- Yang ini boleh gantung di tempat nak masuk majlis supaya org tak salah masuk majlis. Sebabnya nanti kalau dah tersalah masuk, siap makan...hallamak..malu kot kuang kuangg ~ ~


3. ARROW SIGN (5)

- saiz 1x2 ft, 5 pcs (Ini besar tau, dan teeeraang! Bukan yang a4 tu. Orang tak perasan langsung kalau a4 sebab kecik sangat!)


4. TQ TAG+ KALENDAR (1000)

- Material artcard260, 1000 pcs.
- Biasanya kita stapler atau klipkan di doorgift

- Ini adalah option selain sticker, tapi dengan tag pun berbaloi. Hasilnya lebih nampk kemas dan exclusive ^_^ <-- tak ramai yang tahu fact ni

5. BUTTON BADGE (20)

- Ini sebenarnya merupakan aksesori sahaja. Tapi, ia penting supaya fotographer kenal dan noted siapa yang penting dalam majlis anda.
- Ada yang guna bunga dan disemat dengan duit. Sekarang ni orang guna supaya mereka boleh tulis nama, jadi kenangan gituu.


**Kalau anda share di facebook, maka akan kurang lagi RM10, jadi RM 590 :)


PM/ Wassap aini 0193986724 / qurratuaini01@gmail.com


Rabu, 23 Julai 2014

PHOTOOBOOTH + GUESTBOOK CORNER PROMOTION

Salam readers,

Promotion untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, anda boleh membeli pakej PHOTOOBOOTH + GUESTBOOK CORNER dengan harga RM 290 sahaja untuk 9 ITEMS!!!

Kebaikan promotion ini:

1) Jimatkan perbelanjaan perkahwinan anda.
2) Boleh jadikan perkahwinan anda satu impian sempurna walaupun tidaklah se'grand' retiss (artis). Heheh
3) Tak jumpenye promotion ni kat tempat lainn ^^


Berikut 9 items dengan harga RM290 ini!


1- FLANGLINE OF B2B
2- PROPS (18 PCS)
3- GUESTBOOK A4
4- TABLE FRAME SIAP DESIGN (4 UNIT)
5- WELCOME BOARD
6- MINI EASEL
7- WEDDING TREE A2 (WITH FRAME)
8- INK WEDDING TREE (1C)
9- STAND WEDDING TREE


DAPATKAN SEGERA DENGAN WASSAP/MESEJ AINI: 019-3986724 @ EMEL qurratuaini01@gmail.com




ANTARA CONTOH-CONTOH DARI PAKEJ INI:-
Ni contoh props yang anda akan dapat


Ni contoh wedding tree

dan lain-lain boleh pm direct saya yea :)
Sekian. :)

Selasa, 8 Julai 2014

Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous

Assalamu 'alaikum dan selamat pagi readers,

Jom join Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous pula pagi ni! ^.^




Klik banner ini untuk ke linkpage pihak penganjur


Giveaway ni kena dinyatakan sekali pengalaman terbaik kita sepanjang berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Ok, jom kita mulakan..

Bismillah,

Bercerita tentang pengalaman puasa dalam perjalanan hidup saya, apa saya boleh katakan adalah tahun ini sangat-sangat berlainan dari sebelumnya. Berstatus baru sebagai isteri, pekerjaan yang baru sebagai surirumah dimana sebelum ini saya seorang pekerja, hidup sebagai perantauan bersama suami dan jauh dari keluarga kami. Semacam satu cabaran yang tidak pernah saya jangka.

Dulu, waktu saya bujang dan bekerja pun ada juga cabarannya. Seronoknya masa tu tinggal dengan family. Bolehlaa mak kejutkan sahur hikhik! Nak bangun sahur senang je, tapi nak bangun lagi awal untuk siapkan makanan bersahur tu..huishh..saya boleh kira dengan jari berapa kali. Memang mak saya laa yang tukang masak dan tukang kejut terbaik. Sekarang, macam ada kuasa automatik yang kejutkan saya untuk bangun seawal yang boleh semata-mata nak siapkan makanan sahur. Power tak?huahua


Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang join contest yang diadakan blogger. Kali ni dari Ummudd80. Terima kasih ya sudi menjemput. Harap ada lah rezeki untuk bulan mulia ini. :)


klik untuk ke page sponsor


Sekian, Wassalam! :)

Khamis, 3 Julai 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Seperti biasa, tibanya waktu di bulan Ramadan yang mulia ini menandakan meriahnya suasana berbuka puasa.Semakin banyak jugalah restoran-restoran yang terkemuka mempamerkan pelbagai menu hidangan berbuka yang tentunya menggiurkan jiwa dan menggugat iman kita. Disamping menikmati hidangan istimewa, dapatlah juga kita berbuka puasa dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang tersayang.

Serba sedikit tentang Casa Ombak, ia di bawah pengurusan Ombak Creative Solutions di mana syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan, katering, kanopi dan lain-lain lagi. Bak kata pepatah, all services is under one roof.

Sempena Ramadan ini, restoran Casa Ombak yang terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dari menyediakan pelbagai hidangan yang tentunya hebat di hati penggemar makanan. Yang pastinya, ia berkonsepkan Buffet Ramadan dan masakan kampung rakyat Malaysia.


Rabu, 2 Julai 2014

AMWAY : Vitamin Mata!

Salam semua,

Hari ini saya ingin membuat satu review untuk salah satu vitamin AMWAY, Nutrilite Bilberry Plus yang mengandungi 60 gel lembut. Sebab saya buat review ini? Berdasarkan persekitaran saya, di mana mak saya, ibu sedara dan kawan-kawan dia ramai yang mengamalkan produk ini. 

Pada mulanya, mak sedara kenalkan botol ini ke mak lepas dia tak lagi pakai cermin mata dengan hanya mengamalkan Bilberry Plus. Dia siap bagi lagi sebotol tanda excited nak suruh jadi macam dia jugak! 

Waktu tu mak saya buat tak endah je, walaupun dulu dia yang selalu mengadu power mata dia naik. Tak berapa lama selepas itu, kat tempat kerja dia riuh cerita pasal AMWAY. Kawan-kawan dia cerita betapa syoknya diorang sebab kurang dah power cermin mata mereka. Beberapa minggu je masa amalkan Bilberry ni, mereka dah tak pakai cermin mata lagi dah. Mak saya pun pelik lah.

Dalam hati dia cakap..'aik,dah sampai expired dah botol tu uda (mak sedara) bagi..baru tau semua dia cerita tu betul!' Huhu, jadi, dia pun order dengan saya. Hasilnya, power cermin mata dia pun kurang. Tak ada dah dia nak mengadu pening la, tak nampak lah, power mata macam dah naik lah dan etc. Huahua

Itu kisah dalam persekitaran kehidupan saya ye. Tak ada tokok tambah.

Ini details info untuk produk ni:-

Nutrilite Bilberry Plus


Berikut kelebihan dan penerangan terperinci untuk Nutrilite Bilberry Plus :-

Jumaat, 27 Jun 2014

Langkawi: Air Terjun Telaga Tujuh

Dah lama saya tak update blog ini. Ada banyak draf disimpan, namun tak sempat dikemaskini. Berikut tentang Telaga Tujuh, antara tempat paling best, menarik, mencabar, happening, dan fuhhh..pergi sendiri baru tahu lah kot.. ;)

Menurut cerita penduduk tempatan Langkawi, terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini suatu ketika dulu. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini, namun tidak berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit (wallahu 'alam).

Cara nak ke Telaga Tujuh?? Boleh ke sana dengan menggunakan kereta, motor dan juga teksi. Ia berdekatan dengan Cable Car, atau menurut wikipedia, satu meter selepas melepasi Pantai Kok, beloklah ke kanan dimana ia bersetentangan dengan Burau Bay Resort sehingga kita akan sampai di tempat letak kereta. Cara lain?? Hehe..gunalah aplikasi Waze di handphone anda yang canggih tuu! ;)

Pertama kali ke sana, saya tak tahu kena mendaki beratus-ratus anak tangga..dan saya terkejut bila berada di tengah antara puncak dan bawah, ada lagi 300 lebih anak tangga lagi perlu didaki!! Selepas itu, teruklah suami saya kena pimpin bila nak turun semula ke bawah. Huhuhu..Balik rumah satu rumah bau minyak angin. Tapi bak kata suami, sebab tu dia senyap tak bagi tahu ada beratus anak tangga kene naik. Kalah Batu Caves di Gombak, Selangor. Kalau tak memang saya meronta-ronta tak hengennnyee..

Tapi, setelah sampai di puncak, waaaaaa macam tu lah kepuasan yang terucap. Jom tengok gambar-gambar yang saya ada!



Puncak Telaga Tujuh. Kat belakang tu adalah Cable Car yang bergerak menuju puncaknya.
Haa, kalau kita boleh tengok Cable Car, maknanya memang tinggi la Air Terjun Telaga Tujuh ni. :)



Gambar air terjun Telaga Tujuh yang lagi satu. Cantikkk!!


Sumber rujukan: 
1)Wikipedia :)
2)Blog Atia Adina :)



Selasa, 18 Mac 2014

Pantai Pasir Tengkorak

Salam semua,

Ini kesinambungan dari post ini :)

Kan saya ada inform untuk post gambar-gambar di pantai ni kan? Jadi sila lah lihat. Tapi maaf awal-awal nak bagitau yea, saya bukan orang yang suka ambil gambar. Ambil yang mana sempat je. So agak tak berapa lawa dan tak banyak gambar saya dapat post. Huhuu

Sila scroll ke bawah ye:)





Pic 1 : Tengok laut dia..tu la yang dikatakan emerald green.
 Eh, kadang orang cakap emerald blue gak. Hahaha ape-apelahh.. 
Memang cair tengok takda ombak pun..cepat je rasa nak mandi!





Pic 2: Ramai yang buat piknick dengan family day kat sini. 
Tapi hati-hati sebab terkadang monyet suka ambil makanan masa semua sebok pergi mandi. 
Haha so kenalah berjaga-jaga sebab ada jugak mata yang memerhati! 



Buat pengetahuan, kawasan ini kira sehala jalan dengan KILIM GEOPARK. So lepas korang pergi Island Mangrove cuci mata tengok helang sambar ikan dan lain-lain, boleh drive dan mandi kat sini! :) 



Sabtu, 15 Mac 2014

AMWAY- VITAMIN : CAL MAG & CAL MAG D PLUS

Salam semua,

Kali ini nak bercerita pasal tablet kalsium dari jenama AMWAY. Kalau dulunya ia didatangkan bersama campuran magnesium dan alfalfa sahaja, sekarang botol terbaru ada campuran vitamin D sekali. Dan tentunya ia dapat membekalkan nutrien dan mineral yang optimum bagi tulang yang kuat dan badan yang sihat.

Sejujurnya saya memang mengamalkan vitamin supplemen Cal Mag. Puncanya saya bukan orang yang berdisiplin minum susu. Disebabkan bentuknya dalam tablet yang agak besar, saya kene tumbuk dengan lesung batu atau potong dengan pisau bagi pecah-pecah. Huhuu sebab kalau tak memang tekak saya tak dapat telan. Tapi disebabkan nakkan kebaikan dari vitamin ni, saya gagahkan juga lah. Antara sebab saya mengamalkan vitamin ni selain dari kalsiumnya, ia juga mengandungi pekatan Alfalfa yang tinggi. Jadi kulit saya bertambah cantik. Tak perlu makan banyak suplemen yang lain. :)

Berikut review mengenai dua vitamin ini :)

CAL MAG D PLUS @ CALCIUM MAGNESIUM PLUS VITAMIN D


Dengan rumusan ini, ia menjadikan penyerapan kalsium ke dalam tulang bertambah baik kerana dos harian Cal Mag D Plus ada lebih banyak vitamin D berbanding 3 cawan susu. Selain itu, ia juga mengandungi rumpai laut terkapur yang diperoleh secara semula jadi yang sememangnya turut mempunyai kalsium dan magnesium yang tersendiri.



CALSIUM MAGNESIUM


Seeloknya dimakan 3 kali sehari, dengan 1 biji tablet selepas makan tengahari, 1 biji selepas minum petang dan 1 biji selepas makan malam. Berikut pula kebaikan di dalamnya:-

  • 3 Tablet sehari memberi 600 mg kalsium dan 400 mg magnesium, serta Pekatan Alfalfa NUTRILITE yang eksklusif.
  • Kalsium adalah komponen utama tulang dan gigi, ia mempengaruhi pembekuan darah, penghantaran rangsangan saraf, pengekalan selaput sel, tindak balas enzim dan rembesan hormon.
  • Magnesium penting untuk sel yang sihat, pengeluaran protein dan fungsi buah pinggang yang normal.
  • Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.
  • Orang daripada semua peringkat umur perlu mengganti kalsium yang secara berterusan dikumuh terutama kanak-kanak, remaja, wanita hamil dan yang menyusukan bayi.
  • Keperluan tubuh terhadap kalsium tidak berkurangan dengan umur dan pada usia lanjut mungkin agak sukar untuk menggantikan kalsium tulang.
  • Jaminan pemakanan yang baik ialah untuk mempastikan diet harian ditambah dengan kalsium.
  • Penggunaan yang Disyorkan: Satu tablet harus diambil tiga kali setiap hari.

Update: boleh terus hubungi kawan saya, wahyudi 01137862076 ye

Rabu, 5 Mac 2014

Apa yang Best kat Langkawi ni???

Haihaiii..
Post harini..Apa yang best kat dalam Pulau Langkawi??Soalan budak darjah satu - korang tau tak Pulau Langkawi ni kat mana?hahahaaa bengong lak menanya. Kalau yang baca ni orang Malaysia memang laa tau ye dak? Saya nak cerita sikit pasal Pulau Langkawi ni harini.

Sebelum ni kalau sebut Pulau Langkawi, saya mesti terfikir oh!Sejarah Mahsuri! Cable Car! Pantai Cenang dan shopping cekelet!ohoi syok gelaa! Last saya melancong ke sini masa darjah 4 dulu. Masa saya berhingus-hingusan dulu. Sekarang saya pun kat sini. Bukan sebab melancong, tapi terpaksa berpindah ikut suami terchenta hewhew.

So sejak ada kat sini, memang laa encik suami bawa pusing satu pulau ni. Tapi ada lagi yang saya tak pergi. Macam Telaga Tujuh dan Gunung Raya misalnya. Tak sempat lagi..baru beberapa bulan dok menetap sini hihiii. So saya cerita yang saya pernah pergi ni ya:


Cable Car

-Ini memang seronok la kalau korang tak takut gayat.Memula nak naik tu..wuuhai memang terasa laa mencanak tinggi. Lepas tu makin tinggi..makin tinggiiii..saaampaila dekat tempat hentian pertama. Korang akan nampak view satu pulau ni.Then kalau naik lagi cable car tu,ada hentian kedua. Tapi tak pasti dekat hentian pertama ke kedua yang ada kedai minum kecik coomell je..hehe..Setakat ni saya dah tiga kali naik. Tapi kali ketiga tu rasa serik. Sebab apa tau?? Sebab petang tu angin kuat gelaa!! Then masa nak turun dari gunung tu dekat tiga jam lebih! So katakan kami ingat nak turun pukul 6.30 ptg. Dari 6.30 beratur nak turun tu..dapat naik pukul 8.30 malam, naik lak cable car tu dalam satu jam sebab angin agak kencang mase tu. Tu yang sampai lewat dalam 9.30malam..Nak tambah isi perisa cerita, bila angin kencang..dalam cable car tu kita akan rasa terrrhuyung hayang. Macam-macam bau ada laa kirenya tuu sebab pening punya pasal..Balik rumah terus tido..saampai esok pon pening lagi tau. >.<



Pantai Pasir Tengkorak

-Masa saya baru seminggu kat sini, husband dah ajak datang pantai ni. Awal-awal takut gak laa..ye la dengar je nama pantai ni..korang tak rasa ngeri ke?~.~

Tapi by the time sampai je kat pantai ni,wohh gela syok best kot! Memang air laut dia macam emerald green lah katenye! Then saya dapat agak la kan,rasanya nama pantai ni Pasir Tengkorak sebab surroundings dia memang ala-ala privacy,ala-ala the pirates of carribean gituu! Memang puashati la mandi kat sini, tapi kene bayar RM 2 masa entrance sebab sekarang dah jadi pantai private. Kalau korang tak percaya boleh survey kat trip advisor or google je. Saya memang tertawan betul dengan pantai ni sampai dah tiga kali pergi setakat ni. Lepas tu asyik rasa nak pergii je selalu.

Kemudahan kat sini tak banyak, cuma ada chalet dan tempat makan untuk pelancong, tapi ada la tempat mandi. Lagi satu, disebabkan tempat ni agak jauh dari bandar, jadi tu yang kawasan dia sunyi je. Tapi kena la faham, Langkawi ni jauh dia pun tak macam KL-Johor..jarak dia hujung ke hujung setakat satu jam je, tanpa ada tol hehee! Nanti saya masukkan gambar pemandangan pantai ni bila next entry ya.

Setakat ini je la yang saya larat post. Tunggu next time ye :)