Selasa, 18 Mac 2014

Pantai Pasir Tengkorak

Salam semua,

Ini kesinambungan dari post ini :)

Kan saya ada inform untuk post gambar-gambar di pantai ni kan? Jadi sila lah lihat. Tapi maaf awal-awal nak bagitau yea, saya bukan orang yang suka ambil gambar. Ambil yang mana sempat je. So agak tak berapa lawa dan tak banyak gambar saya dapat post. Huhuu

Sila scroll ke bawah ye:)





Pic 1 : Tengok laut dia..tu la yang dikatakan emerald green.
 Eh, kadang orang cakap emerald blue gak. Hahaha ape-apelahh.. 
Memang cair tengok takda ombak pun..cepat je rasa nak mandi!





Pic 2: Ramai yang buat piknick dengan family day kat sini. 
Tapi hati-hati sebab terkadang monyet suka ambil makanan masa semua sebok pergi mandi. 
Haha so kenalah berjaga-jaga sebab ada jugak mata yang memerhati! 



Buat pengetahuan, kawasan ini kira sehala jalan dengan KILIM GEOPARK. So lepas korang pergi Island Mangrove cuci mata tengok helang sambar ikan dan lain-lain, boleh drive dan mandi kat sini! :) 



Sabtu, 15 Mac 2014

AMWAY- VITAMIN : CAL MAG & CAL MAG D PLUS

Salam semua,

Kali ini nak bercerita pasal tablet kalsium dari jenama AMWAY. Kalau dulunya ia didatangkan bersama campuran magnesium dan alfalfa sahaja, sekarang botol terbaru ada campuran vitamin D sekali. Dan tentunya ia dapat membekalkan nutrien dan mineral yang optimum bagi tulang yang kuat dan badan yang sihat.

Sejujurnya saya memang mengamalkan vitamin supplemen Cal Mag. Puncanya saya bukan orang yang berdisiplin minum susu. Disebabkan bentuknya dalam tablet yang agak besar, saya kene tumbuk dengan lesung batu atau potong dengan pisau bagi pecah-pecah. Huhuu sebab kalau tak memang tekak saya tak dapat telan. Tapi disebabkan nakkan kebaikan dari vitamin ni, saya gagahkan juga lah. Antara sebab saya mengamalkan vitamin ni selain dari kalsiumnya, ia juga mengandungi pekatan Alfalfa yang tinggi. Jadi kulit saya bertambah cantik. Tak perlu makan banyak suplemen yang lain. :)

Berikut review mengenai dua vitamin ini :)

CAL MAG D PLUS @ CALCIUM MAGNESIUM PLUS VITAMIN D


Dengan rumusan ini, ia menjadikan penyerapan kalsium ke dalam tulang bertambah baik kerana dos harian Cal Mag D Plus ada lebih banyak vitamin D berbanding 3 cawan susu. Selain itu, ia juga mengandungi rumpai laut terkapur yang diperoleh secara semula jadi yang sememangnya turut mempunyai kalsium dan magnesium yang tersendiri.



CALSIUM MAGNESIUM


Seeloknya dimakan 3 kali sehari, dengan 1 biji tablet selepas makan tengahari, 1 biji selepas minum petang dan 1 biji selepas makan malam. Berikut pula kebaikan di dalamnya:-

  • 3 Tablet sehari memberi 600 mg kalsium dan 400 mg magnesium, serta Pekatan Alfalfa NUTRILITE yang eksklusif.
  • Kalsium adalah komponen utama tulang dan gigi, ia mempengaruhi pembekuan darah, penghantaran rangsangan saraf, pengekalan selaput sel, tindak balas enzim dan rembesan hormon.
  • Magnesium penting untuk sel yang sihat, pengeluaran protein dan fungsi buah pinggang yang normal.
  • Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.
  • Orang daripada semua peringkat umur perlu mengganti kalsium yang secara berterusan dikumuh terutama kanak-kanak, remaja, wanita hamil dan yang menyusukan bayi.
  • Keperluan tubuh terhadap kalsium tidak berkurangan dengan umur dan pada usia lanjut mungkin agak sukar untuk menggantikan kalsium tulang.
  • Jaminan pemakanan yang baik ialah untuk mempastikan diet harian ditambah dengan kalsium.
  • Penggunaan yang Disyorkan: Satu tablet harus diambil tiga kali setiap hari.

Update: boleh terus hubungi kawan saya, wahyudi 01137862076 ye

Rabu, 5 Mac 2014

Apa yang Best kat Langkawi ni???

Haihaiii..
Post harini..Apa yang best kat dalam Pulau Langkawi??Soalan budak darjah satu - korang tau tak Pulau Langkawi ni kat mana?hahahaaa bengong lak menanya. Kalau yang baca ni orang Malaysia memang laa tau ye dak? Saya nak cerita sikit pasal Pulau Langkawi ni harini.

Sebelum ni kalau sebut Pulau Langkawi, saya mesti terfikir oh!Sejarah Mahsuri! Cable Car! Pantai Cenang dan shopping cekelet!ohoi syok gelaa! Last saya melancong ke sini masa darjah 4 dulu. Masa saya berhingus-hingusan dulu. Sekarang saya pun kat sini. Bukan sebab melancong, tapi terpaksa berpindah ikut suami terchenta hewhew.

So sejak ada kat sini, memang laa encik suami bawa pusing satu pulau ni. Tapi ada lagi yang saya tak pergi. Macam Telaga Tujuh dan Gunung Raya misalnya. Tak sempat lagi..baru beberapa bulan dok menetap sini hihiii. So saya cerita yang saya pernah pergi ni ya:


Cable Car

-Ini memang seronok la kalau korang tak takut gayat.Memula nak naik tu..wuuhai memang terasa laa mencanak tinggi. Lepas tu makin tinggi..makin tinggiiii..saaampaila dekat tempat hentian pertama. Korang akan nampak view satu pulau ni.Then kalau naik lagi cable car tu,ada hentian kedua. Tapi tak pasti dekat hentian pertama ke kedua yang ada kedai minum kecik coomell je..hehe..Setakat ni saya dah tiga kali naik. Tapi kali ketiga tu rasa serik. Sebab apa tau?? Sebab petang tu angin kuat gelaa!! Then masa nak turun dari gunung tu dekat tiga jam lebih! So katakan kami ingat nak turun pukul 6.30 ptg. Dari 6.30 beratur nak turun tu..dapat naik pukul 8.30 malam, naik lak cable car tu dalam satu jam sebab angin agak kencang mase tu. Tu yang sampai lewat dalam 9.30malam..Nak tambah isi perisa cerita, bila angin kencang..dalam cable car tu kita akan rasa terrrhuyung hayang. Macam-macam bau ada laa kirenya tuu sebab pening punya pasal..Balik rumah terus tido..saampai esok pon pening lagi tau. >.<



Pantai Pasir Tengkorak

-Masa saya baru seminggu kat sini, husband dah ajak datang pantai ni. Awal-awal takut gak laa..ye la dengar je nama pantai ni..korang tak rasa ngeri ke?~.~

Tapi by the time sampai je kat pantai ni,wohh gela syok best kot! Memang air laut dia macam emerald green lah katenye! Then saya dapat agak la kan,rasanya nama pantai ni Pasir Tengkorak sebab surroundings dia memang ala-ala privacy,ala-ala the pirates of carribean gituu! Memang puashati la mandi kat sini, tapi kene bayar RM 2 masa entrance sebab sekarang dah jadi pantai private. Kalau korang tak percaya boleh survey kat trip advisor or google je. Saya memang tertawan betul dengan pantai ni sampai dah tiga kali pergi setakat ni. Lepas tu asyik rasa nak pergii je selalu.

Kemudahan kat sini tak banyak, cuma ada chalet dan tempat makan untuk pelancong, tapi ada la tempat mandi. Lagi satu, disebabkan tempat ni agak jauh dari bandar, jadi tu yang kawasan dia sunyi je. Tapi kena la faham, Langkawi ni jauh dia pun tak macam KL-Johor..jarak dia hujung ke hujung setakat satu jam je, tanpa ada tol hehee! Nanti saya masukkan gambar pemandangan pantai ni bila next entry ya.

Setakat ini je la yang saya larat post. Tunggu next time ye :)