Rabu, 5 Mac 2014

Apa yang Best kat Langkawi ni???

Haihaiii..
Post harini..Apa yang best kat dalam Pulau Langkawi??Soalan budak darjah satu - korang tau tak Pulau Langkawi ni kat mana?hahahaaa bengong lak menanya. Kalau yang baca ni orang Malaysia memang laa tau ye dak? Saya nak cerita sikit pasal Pulau Langkawi ni harini.

Sebelum ni kalau sebut Pulau Langkawi, saya mesti terfikir oh!Sejarah Mahsuri! Cable Car! Pantai Cenang dan shopping cekelet!ohoi syok gelaa! Last saya melancong ke sini masa darjah 4 dulu. Masa saya berhingus-hingusan dulu. Sekarang saya pun kat sini. Bukan sebab melancong, tapi terpaksa berpindah ikut suami terchenta hewhew.

So sejak ada kat sini, memang laa encik suami bawa pusing satu pulau ni. Tapi ada lagi yang saya tak pergi. Macam Telaga Tujuh dan Gunung Raya misalnya. Tak sempat lagi..baru beberapa bulan dok menetap sini hihiii. So saya cerita yang saya pernah pergi ni ya:


Cable Car

-Ini memang seronok la kalau korang tak takut gayat.Memula nak naik tu..wuuhai memang terasa laa mencanak tinggi. Lepas tu makin tinggi..makin tinggiiii..saaampaila dekat tempat hentian pertama. Korang akan nampak view satu pulau ni.Then kalau naik lagi cable car tu,ada hentian kedua. Tapi tak pasti dekat hentian pertama ke kedua yang ada kedai minum kecik coomell je..hehe..Setakat ni saya dah tiga kali naik. Tapi kali ketiga tu rasa serik. Sebab apa tau?? Sebab petang tu angin kuat gelaa!! Then masa nak turun dari gunung tu dekat tiga jam lebih! So katakan kami ingat nak turun pukul 6.30 ptg. Dari 6.30 beratur nak turun tu..dapat naik pukul 8.30 malam, naik lak cable car tu dalam satu jam sebab angin agak kencang mase tu. Tu yang sampai lewat dalam 9.30malam..Nak tambah isi perisa cerita, bila angin kencang..dalam cable car tu kita akan rasa terrrhuyung hayang. Macam-macam bau ada laa kirenya tuu sebab pening punya pasal..Balik rumah terus tido..saampai esok pon pening lagi tau. >.<



Pantai Pasir Tengkorak

-Masa saya baru seminggu kat sini, husband dah ajak datang pantai ni. Awal-awal takut gak laa..ye la dengar je nama pantai ni..korang tak rasa ngeri ke?~.~

Tapi by the time sampai je kat pantai ni,wohh gela syok best kot! Memang air laut dia macam emerald green lah katenye! Then saya dapat agak la kan,rasanya nama pantai ni Pasir Tengkorak sebab surroundings dia memang ala-ala privacy,ala-ala the pirates of carribean gituu! Memang puashati la mandi kat sini, tapi kene bayar RM 2 masa entrance sebab sekarang dah jadi pantai private. Kalau korang tak percaya boleh survey kat trip advisor or google je. Saya memang tertawan betul dengan pantai ni sampai dah tiga kali pergi setakat ni. Lepas tu asyik rasa nak pergii je selalu.

Kemudahan kat sini tak banyak, cuma ada chalet dan tempat makan untuk pelancong, tapi ada la tempat mandi. Lagi satu, disebabkan tempat ni agak jauh dari bandar, jadi tu yang kawasan dia sunyi je. Tapi kena la faham, Langkawi ni jauh dia pun tak macam KL-Johor..jarak dia hujung ke hujung setakat satu jam je, tanpa ada tol hehee! Nanti saya masukkan gambar pemandangan pantai ni bila next entry ya.

Setakat ini je la yang saya larat post. Tunggu next time ye :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan