Jumaat, 27 Jun 2014

Langkawi: Air Terjun Telaga Tujuh

Dah lama saya tak update blog ini. Ada banyak draf disimpan, namun tak sempat dikemaskini. Berikut tentang Telaga Tujuh, antara tempat paling best, menarik, mencabar, happening, dan fuhhh..pergi sendiri baru tahu lah kot.. ;)

Menurut cerita penduduk tempatan Langkawi, terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini suatu ketika dulu. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini, namun tidak berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit (wallahu 'alam).

Cara nak ke Telaga Tujuh?? Boleh ke sana dengan menggunakan kereta, motor dan juga teksi. Ia berdekatan dengan Cable Car, atau menurut wikipedia, satu meter selepas melepasi Pantai Kok, beloklah ke kanan dimana ia bersetentangan dengan Burau Bay Resort sehingga kita akan sampai di tempat letak kereta. Cara lain?? Hehe..gunalah aplikasi Waze di handphone anda yang canggih tuu! ;)

Pertama kali ke sana, saya tak tahu kena mendaki beratus-ratus anak tangga..dan saya terkejut bila berada di tengah antara puncak dan bawah, ada lagi 300 lebih anak tangga lagi perlu didaki!! Selepas itu, teruklah suami saya kena pimpin bila nak turun semula ke bawah. Huhuhu..Balik rumah satu rumah bau minyak angin. Tapi bak kata suami, sebab tu dia senyap tak bagi tahu ada beratus anak tangga kene naik. Kalah Batu Caves di Gombak, Selangor. Kalau tak memang saya meronta-ronta tak hengennnyee..

Tapi, setelah sampai di puncak, waaaaaa macam tu lah kepuasan yang terucap. Jom tengok gambar-gambar yang saya ada!



Puncak Telaga Tujuh. Kat belakang tu adalah Cable Car yang bergerak menuju puncaknya.
Haa, kalau kita boleh tengok Cable Car, maknanya memang tinggi la Air Terjun Telaga Tujuh ni. :)



Gambar air terjun Telaga Tujuh yang lagi satu. Cantikkk!!


Sumber rujukan: 
1)Wikipedia :)
2)Blog Atia Adina :)