Ahad, 27 Julai 2014

Jom pantun raya!! =D

Selamat hari raya semua!^^
Terimalah pantun hari raya ni. Kalau sudi sila-silalah komen. Moga ukhwah kita erat sentiasa amin :)

Berbuka puasa dengan tepung pelita,
Murtabak dan air jagung pun turut ada,
Kelip-kelip mata ek ehh esok nak raya!
Minta maaf salah silap kepada semua :'(

Anak kucing anak biri-biri,
Ikan kembung ikan duri,
Tak sabarnye esok nak sembahyang raya dipagi hari,
Moga pagi raya korang berseri-seri !!

Salam lebaran,
Ikhlas,
Aini.

:)

Jumaat, 25 Julai 2014

Debaran beraya: Tips menempuh kesesakan semasa beraya :)

Assalamu 'alaikum,

Selamat berhari raya selepas melalui penat lelah berpuasa sahabat :)




Macam yang saya tulis di entry giveaway sueakgogeus, puasa 2014 ni memang gile lain rasanya dari sebelumnya. Anda boleh baca kalau nak tahu. Hehe, jadi raya 2014 tahun ini, apa bezanya ya?? Hmm..antaranya, tahun ni la baru dapat feel 'balik kampung'. Sebab? Sebab saya memang orang kampung di bandar. Kampung di Selangor. Hahaha. Tahun ni dari Langkawi ke Selangor, experience pertama saya ni!! Teruja sangat!!

Ini sedikit tips sempena pulang beraya dan semasa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

  • Sabar : Kalau bulan puasa kita digalakkan bersabar, bulan raya pun kita mesti lebih bersabar. Bersabarlah dikala kita nak 'berperang' menempuh kesesakan lalu lintas dalam perjalanan yang nak dituju tu. Memang saya faham, sebab saya pun antara hamba Allah yang boleh hilang sabar kalau jalan sesak.

  • Doa : Doa mulakan perjalanan tu amat penting tau. Jangat lupa baca supaya Allah sentiasa dekat dihati kita. Insyaallah terlindung dari malapetaka yang buruk.

  • Apa yang saya lakukan kalau saya hampir hilang sabar atau bosan dalam kereta lama-lama? Haa, saya pasang lagu kuat-kuat, pastu karaoke lah dalam kereta tu. Lagi 'happening' bila ajak sekali semua dalam kereta karaoke. 

  • Habis karaoke sakit tekak, saya borak dengan orang dalam kereta tu. Biasa satu keluarga saya lah. Then, bosan lagi baru tidur. Haha untung tak penah jadi drebar kalau jalan jauh. Biasa kalau bawak jauh pun drive bergilir-gilir. 

Yang penting, utamakan keselamatan diri dan keluarga. Biarlah lambat asalkan kita pergi dan pulang dengan selamat. Insyaallah. :)




Khamis, 24 Julai 2014

PAKEJ KAD KAHWIN (PLUS TQ TAG, KALENDAR, BUNTING, ARROW SIGN, BUTTON BADGE)

Salam readers,

Hee, sekarang dah niaga kad kahwin pulak saya ni. Tak apa la ye, promote kat blog saya ni, insya allah ada rezeki dan pada yang membaca boleh lah order dengan saya. ^^




Sekarang saya ada promo untuk pakej kad kahwin berharga RM600. Ini terdiri daripada KAD KAHWIN (LIPAT 2, ARTCARD 1000 PCS) , BUNTING (2) , ARROW SIGN (5) , TQ TAG+ KALENDAR (1000) & BUTTON BADGE (20). 

Details:

1. KAD KAHWIN (LIPAT 2, ARTCARD 1000 PCS)
        
- Kad yang besar, orang tua suka sebab senang nak baca :)
- Kalau tengok pakej lain, mereka ada yg tawarkan harga yang lebih murah. Tapi anda kena pastikan material kad dan saiznya. Material kad ni ialah artcard260, yg keras untuk kad kahwin.
- Yang pakej murah, berhati-hati jugak. Takut dia offer kualiti a4 biasa atau artpaper.
- Kad ini dalam full colour.. maknanya dalam kad tu anda boleh gunakan banyak colour. Perhatikan kalau dia tulis '1 warna', '2 warna'. Itu maknanya penggunaan warna yang maximum hanya 2 warna sahaja. Jadi sila teliti ye.

2. BUNTING (2)

- Size 2x5 ft , dua banting
- Yang ini boleh gantung di tempat nak masuk majlis supaya org tak salah masuk majlis. Sebabnya nanti kalau dah tersalah masuk, siap makan...hallamak..malu kot kuang kuangg ~ ~


3. ARROW SIGN (5)

- saiz 1x2 ft, 5 pcs (Ini besar tau, dan teeeraang! Bukan yang a4 tu. Orang tak perasan langsung kalau a4 sebab kecik sangat!)


4. TQ TAG+ KALENDAR (1000)

- Material artcard260, 1000 pcs.
- Biasanya kita stapler atau klipkan di doorgift

- Ini adalah option selain sticker, tapi dengan tag pun berbaloi. Hasilnya lebih nampk kemas dan exclusive ^_^ <-- tak ramai yang tahu fact ni

5. BUTTON BADGE (20)

- Ini sebenarnya merupakan aksesori sahaja. Tapi, ia penting supaya fotographer kenal dan noted siapa yang penting dalam majlis anda.
- Ada yang guna bunga dan disemat dengan duit. Sekarang ni orang guna supaya mereka boleh tulis nama, jadi kenangan gituu.


**Kalau anda share di facebook, maka akan kurang lagi RM10, jadi RM 590 :)


PM/ Wassap aini 0193986724 / qurratuaini01@gmail.com


Rabu, 23 Julai 2014

PHOTOOBOOTH + GUESTBOOK CORNER PROMOTION

Salam readers,

Promotion untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, anda boleh membeli pakej PHOTOOBOOTH + GUESTBOOK CORNER dengan harga RM 290 sahaja untuk 9 ITEMS!!!

Kebaikan promotion ini:

1) Jimatkan perbelanjaan perkahwinan anda.
2) Boleh jadikan perkahwinan anda satu impian sempurna walaupun tidaklah se'grand' retiss (artis). Heheh
3) Tak jumpenye promotion ni kat tempat lainn ^^


Berikut 9 items dengan harga RM290 ini!


1- FLANGLINE OF B2B
2- PROPS (18 PCS)
3- GUESTBOOK A4
4- TABLE FRAME SIAP DESIGN (4 UNIT)
5- WELCOME BOARD
6- MINI EASEL
7- WEDDING TREE A2 (WITH FRAME)
8- INK WEDDING TREE (1C)
9- STAND WEDDING TREE


DAPATKAN SEGERA DENGAN WASSAP/MESEJ AINI: 019-3986724 @ EMEL qurratuaini01@gmail.com




ANTARA CONTOH-CONTOH DARI PAKEJ INI:-
Ni contoh props yang anda akan dapat


Ni contoh wedding tree

dan lain-lain boleh pm direct saya yea :)
Sekian. :)

Selasa, 8 Julai 2014

Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous

Assalamu 'alaikum dan selamat pagi readers,

Jom join Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous pula pagi ni! ^.^




Klik banner ini untuk ke linkpage pihak penganjur


Giveaway ni kena dinyatakan sekali pengalaman terbaik kita sepanjang berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Ok, jom kita mulakan..

Bismillah,

Bercerita tentang pengalaman puasa dalam perjalanan hidup saya, apa saya boleh katakan adalah tahun ini sangat-sangat berlainan dari sebelumnya. Berstatus baru sebagai isteri, pekerjaan yang baru sebagai surirumah dimana sebelum ini saya seorang pekerja, hidup sebagai perantauan bersama suami dan jauh dari keluarga kami. Semacam satu cabaran yang tidak pernah saya jangka.

Dulu, waktu saya bujang dan bekerja pun ada juga cabarannya. Seronoknya masa tu tinggal dengan family. Bolehlaa mak kejutkan sahur hikhik! Nak bangun sahur senang je, tapi nak bangun lagi awal untuk siapkan makanan bersahur tu..huishh..saya boleh kira dengan jari berapa kali. Memang mak saya laa yang tukang masak dan tukang kejut terbaik. Sekarang, macam ada kuasa automatik yang kejutkan saya untuk bangun seawal yang boleh semata-mata nak siapkan makanan sahur. Power tak?huahua


Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang join contest yang diadakan blogger. Kali ni dari Ummudd80. Terima kasih ya sudi menjemput. Harap ada lah rezeki untuk bulan mulia ini. :)


klik untuk ke page sponsor


Sekian, Wassalam! :)

Khamis, 3 Julai 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Seperti biasa, tibanya waktu di bulan Ramadan yang mulia ini menandakan meriahnya suasana berbuka puasa.Semakin banyak jugalah restoran-restoran yang terkemuka mempamerkan pelbagai menu hidangan berbuka yang tentunya menggiurkan jiwa dan menggugat iman kita. Disamping menikmati hidangan istimewa, dapatlah juga kita berbuka puasa dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang tersayang.

Serba sedikit tentang Casa Ombak, ia di bawah pengurusan Ombak Creative Solutions di mana syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan, katering, kanopi dan lain-lain lagi. Bak kata pepatah, all services is under one roof.

Sempena Ramadan ini, restoran Casa Ombak yang terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dari menyediakan pelbagai hidangan yang tentunya hebat di hati penggemar makanan. Yang pastinya, ia berkonsepkan Buffet Ramadan dan masakan kampung rakyat Malaysia.


Rabu, 2 Julai 2014

AMWAY : Vitamin Mata!

Salam semua,

Hari ini saya ingin membuat satu review untuk salah satu vitamin AMWAY, Nutrilite Bilberry Plus yang mengandungi 60 gel lembut. Sebab saya buat review ini? Berdasarkan persekitaran saya, di mana mak saya, ibu sedara dan kawan-kawan dia ramai yang mengamalkan produk ini. 

Pada mulanya, mak sedara kenalkan botol ini ke mak lepas dia tak lagi pakai cermin mata dengan hanya mengamalkan Bilberry Plus. Dia siap bagi lagi sebotol tanda excited nak suruh jadi macam dia jugak! 

Waktu tu mak saya buat tak endah je, walaupun dulu dia yang selalu mengadu power mata dia naik. Tak berapa lama selepas itu, kat tempat kerja dia riuh cerita pasal AMWAY. Kawan-kawan dia cerita betapa syoknya diorang sebab kurang dah power cermin mata mereka. Beberapa minggu je masa amalkan Bilberry ni, mereka dah tak pakai cermin mata lagi dah. Mak saya pun pelik lah.

Dalam hati dia cakap..'aik,dah sampai expired dah botol tu uda (mak sedara) bagi..baru tau semua dia cerita tu betul!' Huhu, jadi, dia pun order dengan saya. Hasilnya, power cermin mata dia pun kurang. Tak ada dah dia nak mengadu pening la, tak nampak lah, power mata macam dah naik lah dan etc. Huahua

Itu kisah dalam persekitaran kehidupan saya ye. Tak ada tokok tambah.

Ini details info untuk produk ni:-

Nutrilite Bilberry Plus


Berikut kelebihan dan penerangan terperinci untuk Nutrilite Bilberry Plus :-