Khamis, 3 Julai 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Seperti biasa, tibanya waktu di bulan Ramadan yang mulia ini menandakan meriahnya suasana berbuka puasa.Semakin banyak jugalah restoran-restoran yang terkemuka mempamerkan pelbagai menu hidangan berbuka yang tentunya menggiurkan jiwa dan menggugat iman kita. Disamping menikmati hidangan istimewa, dapatlah juga kita berbuka puasa dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang tersayang.

Serba sedikit tentang Casa Ombak, ia di bawah pengurusan Ombak Creative Solutions di mana syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan, katering, kanopi dan lain-lain lagi. Bak kata pepatah, all services is under one roof.

Sempena Ramadan ini, restoran Casa Ombak yang terletak di Jalan Damai, Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dari menyediakan pelbagai hidangan yang tentunya hebat di hati penggemar makanan. Yang pastinya, ia berkonsepkan Buffet Ramadan dan masakan kampung rakyat Malaysia.











Memang rugi kalau tidak berkunjung ke restoran ini, kerana ada bermacam juadah dan stall corner yang sangat enak. Dari segi suasana dan persekitaran, Casa Ombak berkonsepkan garden, santai serta tenang. Jadi, bagi mereka yang menginginkan  feel suasana kampung dengan makanan-makanan kampung di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, tempat ini semestinya lima bintang untuk dikunjungi.

Bagi kemudahan kita yang beragama Islam, restoran ini turut menyediakan ruang solat yang selesa. Jadi, tidak ada alasan pada mereka yang begitu teliti akan kawasan ibadah yang selesa selepas menikmati hidangan di luar rumah.

Casa Ombak juga mengambil tempahan individu, berkumpulan, keluarga dan syarikat. Anda yang berminat boleh menghubungi pihak mereka terlebih dahulu untuk tempahan. Berikut disenaraikan harga yang ditawarkan serta cara untuk menghubungi mereka:-


Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak


Dewasa : RM 55.00 nett
Kanak-kanak : RM 27.00 nett ( 5-12 tahun )


Untuk tempahan sila hubungi:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook pageOmbak Creative page



Lokasi Casa Ombak : No.22 Jalan Damai Off Jalan Ampang 55000 Kuala Lumpur

Disini juga disediakan peta bagi yang tidak tahu lokasi Casa Ombak yang sebenar. Bagi yang ingin mengetahui tempat ini dengan lebih lanjut, sila ke ko-ordinat 3.1607087,101.7308806 :

Casa Ombak


Untuk info yang saya lihat di Facebook Ombak Creative, ada voucher Ramadhan menanti anda yang bertuah! Jadi,jangan tunggu lama-lama! Mari lah kita beramai-ramai berkunjung ke Casa Ombak. Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa 1435H dan semoga pahala kita pada tahun ini akan bertambah dari tahun-tahun sebelumnya. Insya Allah.


Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja olehPengurus Perkahwinan Ombak CreativeLelaki KacakRoti Boom AsliCustom TshirtDenaihati.comInspired MagazineProfhariz.comKitePunye.com,Zoncinta.comJawatan Kosong KerajaanExam PTD.





8 ulasan:

  1. Terima kasih sertai contest saya & all the best ok :)

    BalasPadam
  2. Kalau menetap area KL sure dah pergi try buffet Casa Ombak nih..

    BalasPadam
  3. Samelaa dengan saye huahua

    BalasPadam
  4. untung siapa yang dah singgah sana...... good luck untuk contest ni yaa...

    amal singgah sini..moga tuan blog panjang umur dan dimurahkan rezekii.. aamiiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tima kasih cik amal..aamin..moga cik amal pun murah rezeki yg berterusan :)

      Padam