Selasa, 8 Julai 2014

Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous

Assalamu 'alaikum dan selamat pagi readers,

Jom join Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous pula pagi ni! ^.^




Klik banner ini untuk ke linkpage pihak penganjur


Giveaway ni kena dinyatakan sekali pengalaman terbaik kita sepanjang berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Ok, jom kita mulakan..

Bismillah,

Bercerita tentang pengalaman puasa dalam perjalanan hidup saya, apa saya boleh katakan adalah tahun ini sangat-sangat berlainan dari sebelumnya. Berstatus baru sebagai isteri, pekerjaan yang baru sebagai surirumah dimana sebelum ini saya seorang pekerja, hidup sebagai perantauan bersama suami dan jauh dari keluarga kami. Semacam satu cabaran yang tidak pernah saya jangka.

Dulu, waktu saya bujang dan bekerja pun ada juga cabarannya. Seronoknya masa tu tinggal dengan family. Bolehlaa mak kejutkan sahur hikhik! Nak bangun sahur senang je, tapi nak bangun lagi awal untuk siapkan makanan bersahur tu..huishh..saya boleh kira dengan jari berapa kali. Memang mak saya laa yang tukang masak dan tukang kejut terbaik. Sekarang, macam ada kuasa automatik yang kejutkan saya untuk bangun seawal yang boleh semata-mata nak siapkan makanan sahur. Power tak?huahua




Dulu masa jadi pekerja, waktu berbuka adalah masa yang paling mencabar iman dan sabar saya. Puasa dua tahun lepas, saya kena overtime dan terpaksa berbuka di office. Makanan disediakan tapi memang sayu hati la..puasa pertama katakan. Mesti nak berbuka di rumah dengan keluarga.

Puasa tahun lepasnya pula, saya boleh balik awal. Yeay!! Saya balik pukul 5.30 petang. Dengan bangganya masuk dalam kereta dan vroooommmm!! Saya kerja di KL masa tu dan jarak dengan rumah saya anggaran 40 minit. Ingatkan perjalanan balik rumah tu aman damai tanpa kesesakan jammed dekat MRR2. It was a smooth and steady je masa driving..untill lepas sepuluh minit macam tu semua kereta termasuk saya drive dengan anggaran 5-10 km/h.. Rupanya, kat simpang tu ada kereta mati enjin kat tengah-tengah jalan raya. Saya sampai rumah pukul 9 malam. Rezeki berbuka saya masa tu cuma air liur je..Tak terfikir nak sediakan air dalam kereta..Memang menguji sabar.Huhuk

Sekarang semua dah berputar hampir 360 darjah. Perasaan excited nak bangun sahur seawal yang boleh untuk siapkan makanan, makan berdua je bersama suami instead of dengan keluarga dan kelapangan waktu untuk saya buat ibadah sebanyak mana yang boleh bila dah jadi surirumah. Ada sedih dan ada gembiranya. Tak la sedih sangat, cuma ralat sebab teringatkan pekerjaan lama yang telah jadi rutin dan minat serta keluarga tercinta. Tapi demi keluarga baru nak bina ni, insya allah ada hikmahnya.

Huik..panjang ye entry ni? Harap ada la yang sudi baca. Hehe. Akhir kata, ini la secoet dua yang boleh saya share. Yang baik dari Dia..yang salah dari khilaf saya. Wasalam..

:)

8 ulasan:

  1. Salam..
    Thanks for joining ye..
    All the best!

    BalasPadam
  2. Gudluck...salam perkenalan dari Germany...jemput menjengah ke blog saya ye...

    http://jindrisska.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Hua.org jauh..salam kenal jugak..sy dah follow awak :)

    BalasPadam
  4. insyaAllah, tahun ni smbt posa dgn family :)

    BalasPadam
  5. insya allah..penuh dengan harapan nak balik beraya nanti..hihikk ;)

    BalasPadam
  6. good luck.. :)
    smoge dpt duit raye awal taun ni.. :)

    BalasPadam